Selasa, 3 September 2013

SEBUAH UKHWAH YANG SEBENARNYA

SEBUAH UKHWAH YANG SEBENARNYA...

HHujjatul Islam Al-Imamul Ghazali berkata, "Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Masya-Allah, betapa indahnya mengukir ukhuwah kerana Allah kerana bukan pertemuan menjadi nilaian tetapi ingatan seorang sahabat kepada seorang sahabatnya yang lain di dalam doanya.


Imam Hasan Al-Banna berkata,Ukhuwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ


Imam Hassan al-Banna meletakkan 3 tahap ukhuwah. Setiap mukmin yang berukhuwah mampu mengukur sejauh mana mereka mampu menghayati nilai ukhuwah itu sendiri. 1) Salamatul sodri (berlapang dada), 2) musawah (kesamarataan) 3) Ithar (melebihkan kepentingan sahabat melebihkan kepentingan sendiri.


Pengorbanan kita terhadap sahabatlah yang akan menjadikan kita lebih tenang ketika bersamanya. Bukankah kita tidak patut bersahabat dengannya kerana kelebihannya? Sahabat kita juga adalah manusia biasa yang tidak dibekalkan dengan kesempurnaan, maka kitalah yang bertanggungjawab mengorbankan diri untuk melengkapkan kekurangannya itu.


Suatu kisah di zaman hijrah Rasulullah saw yang mana Abdurrahman bin Auf telah berhijrah dan beliau disambut oleh seorang pemuda Ansar. Melihatkan Abdurrahman bin Auf tidak mempunyai satu harta pun, maka dengan senang hati beruntaikan aqidah Islamiyyah, pemuda tadi telah menawarkan kepada Abdurrahman bin Auf akan isterinya. Pemuda tersebut berkata: wahai saudaraku! Daripada kalangan-kalangan isteriku ini, pilihlah yang paling muda untuk menjadi penemanmu.

Subhanallah, betapa tingginya tahap ukhuwah antara sahabat di zaman Rasulullah dan betapa hebatnya tarbiyah Rasulullah apabila mampu melahirkan sahabat yang sanggup berkorban sedemikian rupa..

Maka benarlah ukhuwah itu bukan sekadar kata-kata yang mudah meluncur dari bibir tetapi ukhuwah itu memerlukan penghayatan dan pembuktian dari sudut amalan insani. Jika kita sekadar melafazkannya tetapi amalan kita tidak melambangkan ukhuwah pun maka ikhlaskah kita dalam berukhuwah?

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###