Selasa, 3 September 2013

AKHWAT SEJATI





Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan tapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang di sekitarnya. Pantang baginya membuka aurat dan mempamerkan kepada siapapun kecuali mahramnya. Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghaddulbasar(menundukkan pandangan)dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempesona tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan. Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, di manapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaan kata “cemburu buta” dalam kamus kehidupannya. Dia sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qawwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar di wajahnya. Sifat tawaduk ialah pakaian yang sentiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja(wajihah dakwah), tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan dimanapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti jannati sentiasa dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalitas dalam menyokong dakwah suami dan derma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dia yang sentiasa menghindari sesuatu yang syubhat terlebih hal-hal yang diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya dia merayu dan banyaknya air mata yang menitik tetapi daripada ketabahannya yang menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang melesat tajam daripada tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya. Dia yang memiliki perasaan yan tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala bersendirian.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripadaketeguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yang disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya dia bergerak, tetapi tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang fana.

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###