Jumaat, 25 Januari 2013

RASULULLAH RAHMAT SEKELIAN 'ALAM


Kerana Rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Berbicara tentang seorang insan yang agung ini akan membuatkan hati yang gundah menjadi tenang, mengubah amarah menjadi suka, mengubah benci menjadi cinta.

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
 [ Al-Anbiya:107 ]

Baginda,  Sayyiduna Al-Habib Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seorang insan agung lagi mulia yang menjadi kecintaan seluruh makhluk di langit dan di bumi. Kerana diri Baginda yang mulia, seluruh makhluk di langit dan di bumi memperoleh manfaat yang tidak terhingga banyaknya dan membawa rahmat untuk ke seluruh alam. Kerana berkat rahmatnya Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, manusia, haiwan serta makhluk lainnya dapat merasakan keindahan mahabbah(cinta) yang tidak terhingga luasnya. Mana mungkin akan datangnya cinta jika tidak mengenali siapa itu insan mulia ini. Maka, kenalilah siapa Baginda, nescaya akan timbul rasa CINTA.

"Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah rahmat untuk sekalian alam. Menurunkan akan tuma'ninah(ketenangan) di atas dunia ini, bukan sahaja untuk kaum manusia yakni kaum yang memonopoli dunia ini tetapi untuk sekalian makhlukNya. Dengan keberkatan Sayyiduna Rasulullahصلى الله عليه وسلم bermula dengan para malaikat, binatang-binatang bahkan manusia yang seringkali ingkar akan perintah Allah turut mendapat manfaat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم "

Pemimpin daripada para Malaikat iaitu Jibril 'Alaihissalam mendapat rahmat terbesar daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Iblis, makhluk yang diciptakan daripada api sebelum dilaknat oleh Allah merupakan pemimpin kepada Malaikat. Namun begitu, dek kerana keangkuhannya dan keingkarannya terhadap perintah Allah SWT yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam 'Alaihissalam dan mengatakan dialah yang selayaknya menjadi pemimpin kerana diciptakan daripada api, sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah, menyebabkannya dilaknat oleh Allah. Maka, dengan itu Malaikat Jibril 'Alaihissalam merasa takut untuk memikul tanggungjawabnya kerana risau akan berlakunya hal yang sama terhadapnya.

Dan (ingatlah) ketika kami(Allah) berfirman kepada malaikat :

"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir. 
 (Al-Baqarah:13)

Namun, kerana rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,malaikat Jibril 'Alaihissalam telah diberikan kepercayaan oleh Allah SWT untuk menyampaikan wahyuNya kepada Sayyiduna Al-Habib Rasulullah. صلى الله عليه وسلم

"Tidak semua kedudukan yang tinggi adalah anugerah daripada Allah, tetapi boleh jadi sebagai istidraj daripada Allah"

Maka, sesungguhnya Al-Quran, wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Sayyiduna  Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan dibawakan oleh malaikat Jirbil 'Alaihissalam aman daripada istidraj.Oleh yang demikian, maqam atau kedudukan yang diperolehi oleh Jibril 'Alaihissalam hanyasanya kerana rahmatnya Sayyiduna Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  . Diutusnya Baginda membawa rahmat untuk sekalian alam.

Jika Jibril 'Alaihissalam mendapat manfaat diberikan kepercayaan oleh Allah SWT untuk menyampaikan wahyu kepada Baginda berkat rahmatnya Baginda Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه  وسلم , bagaimana pula dengan binatang?

Sebelum diutusnya Rasululullah صلى الله عليه وسلم . Manusia tidak punya rasa belas kasihan kepada binatang. Binatang diperlakukan dengan kejam. Namun, setelah Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم diutuskan, Baginda mengingatkan umatnya bahawa binatang juga adalah makhluk Allah yang harus dikasihi. Buktinya, terdapatnya hadis Nabi yang menyebut tentang berlaku ehsan terhadap binatang hatta ketika ingin melakukan sembelihan .


"Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu" 
 [ HR Muslim ]

Selain daripada itu, terdapat beberapa kisah yang menyebutkan tentang ehsannya Rasulullah terhadap binatang.

Ketika Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang berjalan di Madinah Al-Munawwarah, Baginda terlihat seorang lelaki sedang menyembelih kambing. Namun, lelaki itu menajamkan mata pisaunya di hadapan kambing yang akan disembelihnya itu. Melihatkan hal itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menghampirinya dan menasihatinya agar tidak melakukan sedemikian kerana dengan perbuatannya itu seolah-olah dia membunuh kambing itu sebanyak dua kali.

Kisah kedua pula berlaku ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang melewati sebuah kebun, Baginda melihat ada seekor unta berlari-lari ke arah Baginda seolah-olah tidak sabar untuk mendekati Baginda  Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Lantas, si unta itu mencium Rasulullah dan bercucuran air matanya. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendekati unta itu kemudian bertanya, siapakah pemilik kepada unta tersebut dan menyatakan bahawa unta itu mengadu didera oleh pemiliknya. Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan, tidak takutkah kamu akan Allah? Lalu, menangislah si pemilik unta itu saat mendengarkan ucapannya Rasulullah yang mulia kerana memperlakukan untanya sebegitu. Kemudian, pemilik unta itu membebaskan unta itu dengan asbab rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Begitu berkat rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dapat membebaskan binatang daripada kekejaman manusia ke atas mereka. Subhanallah...Jika para Malaikat dan binatang mendapat manfaat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم , apatah lagi manusia, makhluk Allah yang diciptakan sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah.

Daripada Said Bin Qudri:

Ketika Sayyidatuna Aisyah RA sedang menyulam baju, lampu tiba-tiba mati dan jarum yang digunakannya terjatuh. Rasululullah صلى الله عليه وسلم lantas masuk ke dalam rumah, lalu mendesak bercahaya rumah tersebut. Sayyidatuna Aisyah RA dapat melihat jarum yang terjatuh tersebut. Beliau berkata kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم; Alangkah bercahaya wajahmu ya Rasulullah. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata; Celakalah mereka yang tidak dapat melihat wajahku di akhirat kelak. Ditanya Sayyidatuna Aisyah RA kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Maka jawab Rasulullah ; Mereka yang apabila disebutkan namaKu tidak mahu berselawat kepadaKu.

Betapa luasnya rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita umat manusia dan makhluk yang lainnya berkat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Masih belum cukup lagikah bukti yang boleh membuatkan kita mencintai insan mulia ini dengan sebenar-benar cinta? Adapun, para sahabat Baginda, Sayyiduna Abbas sepupunya Rasulullah صلى الله عليه وسلم apa disebut namanya Baginda Rasulullah, menangis kerana kecintaannya terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم.. Sejauh mana pula kecintaan kita terhadap Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ? Menitiskah air mata kita saat mendengar akan kisah-kisah hidup Baginda? Menitiskan air mata kita saat membaca perihal keindah akhlak dan budi Baginda?

Sungguh kita tidak punya apa-apa? Hanya menumpang keberkatan rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang telah dikurniakan oleh Allah.  Nastaghfirullahal 'adzim

Wallahu'alam

~Olahan daripada Tausiyah Al-Habib Al- Muhaddis Sholeh Bin Ahmad  Al-Idrus dari Pesantren Darul Hadis Malang, Indonesia Anak Murid Al-Allamah Al-Habib Muhammad Bin Alwi Al-Maliki(MEKAH)

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###