Khamis, 21 Jun 2012



Berdoa Bagi Orang Yang Membayar Zakat

Sunat berdoa bagi orang yang membayar zakat semasa menerima zakatnya. Ini diterangkan di dalam al-Qur'an:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ..


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengan zakat itu engkau bersihkan mereka (dari dosa) dan engkau sucikan mereka (dari sifat bakhil dan lain-lain akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka ..." (1)
______________________________
1. Ayat 103, Surah al-Taubah.

Dalam hadith pula diterangkan seperti berikut:

86- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أُتِيَ بِصَدَقَةٍ قَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ. (رواه الإمام أحمد وغيره)

86- Dari Abdullah bin Abi Awfa, bahawa Rasulullah s.a.w biasanya apabila dibawakan zakat kepadanya, Baginda berdoa: "Ya Allah Ya Tuhanku berilah rahmat dan berkat kepada mereka .." (1)
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-iainnya)
Dalam sebuah hadith yang lain (riwayat al-Nasa'i) bahawa Rasulullah s.a.w. telah berdoa untuk seorang yang membayar zakat untanya kepada Baginda:


(( اللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَفِي إِبِلِهِ ))

"Ya Allah Ya Tuhanku,  limpahilah berkat kepadanya dan kepada untanya."(2)
Al-Imam al-Syafi'i rahimahullah, berkata:  sunat bagi pemungut zakat berdoa untuk orang yang menyerahkan zakat kepadanya dengan berkata: 


(( آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ )).

"Semoga Allah Taala membalas dengan sebaik-baik balasan pada apa yang engkau berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal."(3)
Kesimpulannya: Bukan sahaja pembayar zakat bahkan tiap-tiap seorang dermawan yang bermurah hati memberikan sebahagian dan hartanya dengan sukarela sebagai sedekah,  derma bakti dan khairat, sunat didoakan oleh penerima, semoga Allah Taala melimpahkan berkat kepadanya dan dimurahkan rezekinya serta mendapat sebaik-baik balasan di akhirat kelak.
______________________________
1. Fiqh al-Sunnah (1:338).
2. Kitab yang sama (1:338).
3. Kitab yang sama (1:338) dan Mughni al-Muhtaj (1:419).

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###