Selasa, 22 Mei 2012

DUNIA HAMPIR QIAMAT


DUNIA MENUNGGU TANDA-TANDA AKHIR KIAMAT!!


Subhanallah....Petanda Kiamat Sudah Semakin Hampir...
Tanda-tanda awal Kiamat  semuanya telah terlihat. Antaranya :


Para saintis ' bukan Islam' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi ( barat Alsamman). Ramai pengkaji yang telah memeluk agama Islam, Alhamdulillah...


Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama.
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "
[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]


Gua bawah tanah ini mempunyai saiz yang berbeza daripada satu sama lain mungkin disebabkan oleh faktor alam yang berlaku dengan perintah Allah. Bagi yang merncari air ia  tidak boleh dilihat dari atas tanah.  Satu kajian dan penerokaan oleh Geologi Saudi mengenai fenomena semulajadi dan aneh. ini. Terletak di bahagian timur Alsman wilayah selatan Arab Saudi. Lokasi pada peta diselaraskan dan sekarang ini boleh dicapai dengan cepat kerana laluan baru yang dibuat di  sebelahnya.


Apabila mendekatinya  yang bersamaan dengan paras tanah, halangan pasir telah diletakkan  sekelilingnya supaya tidak jatuh demi satu, tetapi faktor semulajadi ini menjadi halangan, oleh itu halangan konkrit telah diletakkan
Jika dilihat dari pintu masuk ia seperti berada di dalam gua sebuah gunung.


DSC_2680
Anda tidak boleh melihatnya melalui gambar ini


DSC_2707


Semakin dekat sebuah kawah kelihatan


DSC_2676


Sekeliling kawah ini diletakkan halangan konkrit
DSC_2672


Pemandangan dari tepi kawah.

DSC_2665


Kita lihat di sini  faktor utama pemadatan pasir nya adalah kerana hujan dan banjir


DSC_2681
DSC_2685


Ini adalah salah satu Dhol Alsman Abu Jervan yang terbesar yang dikenali sebagai Abu Sawit sempena nama kelapa disebabkan pemadatan pasir


DSC_2703


Saiz lubang atau kawah dibandingkan dengan kereta
Dari  gambar ini  kita lihat  Kawasan Dahl ini semakin kehilangan bumbungnya. Dan semakin mengembang lebar dari masa ke masa.
Maha Suci Allah






Kingdom Tower, Jeddah | Bangunan Pencakar Langit Tanda-tanda Awal Kiamat




Kingdom Tower, Jeddah
Semakin hari semakin ramai pemimpin negara maju yang berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit. Jika sebelum ini Burj Khalifa menjadi 1 fenomena bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter yang merupakan hampir 2 kali ganda tingginya dari Menara Berkembar Petronas di Malaysia iaitu hanya 452 meter sahaja.


Lihat sahaja sudah pasti membuat kita gerun. Kenapa tidak, Menara Berkembar Petronas di negara kita sendiri sudah kita rasakan tinggi dan malah pasti ramai yang masih belum sampai kepuncak. Inikan pula bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifa. Namun begitu, pasti anda lebih tergamam kerana ketinggian Burj Khalifa itu nanti hanyalah separuh sahaja dari ketinggian Kingdom Tower!
Ya, bangunan pencakar langit Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah merupakan BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA! Dengan ketinggian lebih kurang 1600 meter, pasti ianya menakutkan kita yang melihatnya itu.


Satu info menarik mengenai isu Bangunan Pencakar Langit ini ialah kebanyakkannya ialah terdiri daripada negara-negara Islam! Ya, lihat sahaja Kingdom Tower di Jeddah, Burj Khalifa di Dubai dan Menara Berkembar Petronas di Malaysia. Kebetulan atau?


Petikan dari Hadith Jibril yang cukup panjang, percakapan antara Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam dengan Malaikat Jibril tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat:
Ia (Malaikat Jibril) berkata lagi, “Beritahulah aku tentang hari Kiamat.”
Baginda (Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam) menjawab : “Orang yang ditanya tentang hal tersebut tidak lebih tahu dari pada orang yang bertanya.”
Akhirnya ia berkata, “Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “iaitu : Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna melarat lagi, pengembala domba saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘.
[Hadith Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Al-Iman, bab 1, hadits ke 1. 

Dan diriwayatkan juga hadith dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al-Iman, bab 37, hadits ke 1.]


Perbandingan antara bangunan tertinggi lain







Pembangunan di Kota Mekah. Sumber - SciDev.Net - Nehal Lasheen - 10 November 2011




KREDIT 2;Apesal .com

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###