Rabu, 2 Mei 2012

beranda

 


"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

 


"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah".

Baginda Rasulullah S.A.W adalah rasul yang terakhir diutuskan untuk manusia sejagat dan merupakan orang yang paling hampir dengan Allah. Justeru, sebagai umat Islam maka hendaklah kita mencintai Rasulullah S.A.W sepertimana ayat yang tersebut dibawah:

Katakanlah: “Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang. (Aali-’Imran:31).

Erti Cinta dan Patuh kepada Rasulullah S.A.W

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan bahawa:

“Ayat ini merupakan kayu ukur kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah S.W.T tetapi tidak berada di atas jalan Muhammad, bahawa sesungguhnya dia berdusta dalam dakwaannya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad di dalam keseluruhan percakapan dan amalannya.”

Para sahabat baginda S.A.W merupakan generasi manusia terbaik yang paling mencintai Rasulullah S.A.W sebagaimana banyak ayat Al Qur’an dan hadis yang menceritakan keredaan Allah S.W.T terhadap para sahabat dan keutamaan mereka di sisi Allah S.W.T dan Rasulnya. Sewajarnya umat Islam mencintai baginda S.A.W sebagaimana para sahabat mencintai baginda S.A.W. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya [Al-Qur'an], mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raaf: 157)

Jelas menerusi dua ayat terdahulu, cinta kepada Allah S.W.T menuntut hamba-hambanya yang beriman agar menuruti Rasulnya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti ajaran Al-Qur’an yang disampaikan oleh baginda S.A.W.

Ciri-ciri seorang pencinta Rasulullah S.A.W yang sejati

Menyeru kepada Tauhid dan menentang kesyirikan. Ini bertepatan dengan mencontohi tugas agung baginda S.A.W yang diutuskan Tuhan.
Mempelajari Sunnah Rasulullah S.A.W melalui khazanah hadis-hadis baginda S.A.W dan mengamalkannya dengan berterusan disamping menyebarkannya.
Mengenali keperibadian Rasulullah S.A.W dan menghayati sejarah hidupnya berpandukan buku-buku dan risalah-risalah yang terbukti menjaga kesahihan maklumat dan kebenaran cerita.
Sentiasa mengingati Rasulullah S.A.W dengan memujinya dan memperbanyakkan selawat ke atasnya.
Mempertahankan Rasulullah S.A.W dan ajaran islam daripada dihina dan diperlekehkan musuh-musuh Islam.
Mencintai apa-apa yang dicintai Rasulullah S.A.W dan membenci apa-apa yang dibenci Rasulullah S.A.W.
Syafaat Rasulullah S.A.W

Antara rahmat yang Allah S.W.T kurniakan ketika hari Kiamat kelak adalah Syafaat Agung baginda S.A.W untuk membebaskan manusia daripada kegelisahan di mahsyar. (Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###