Selasa, 22 Mei 2012

APA ITU QORIN?


APA QARIN ITU




Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya
 begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang
 dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin
 kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam 
mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan dan 
menahannya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu
 rapat dengan manusia ia digelar Qarin.

Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan 
pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan 
mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang 
membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun 
syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin 
Mas’ud r.a :  

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."    

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba  baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda: apakah engkau telah dikuasai oleh syaitran?" Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam."

Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan". 

Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan  "اسلم"  dalam dua pengertian :
Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .

Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.

Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.

Tiada ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




### Sabda Rasulullah SAW : "Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)### @@@ MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (SURAH AN NUR:55)###